Hadis-hadis Terpilih_1

Nabi s.a.w. bersabda; " Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat sebuah sungai yang disebut sebagai Sungai Rejab, airnya lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu. Barang siapa yang berpuasa satu hari pada bulan Rejab Allah akan memberinya minum dari sungai itu." - Riwayat Baihaqi

Aisyah r.a. berkata, bahawa Nabi s.a.w bersabda; " Semua manusia pada hari Kiamat akan kebuluran kecuali para Nabi dan para ahlinya yang berpuasa di bulan Rejab, bulan Syaaban dan bulan Ramadhan. Sesungguhnya mereka semua kenyang tidak merasa lapar dan dahaga." - Kitab Durratun Nasihin

Dari Abu Hurairah r.a. Dari Nabi s.a.w sabdanya; " Allah Ta'ala sangat gembira menerima taubat seseorang kamu melebihi kegembiraan seseorang yang menemukan kembali barangnya yang hilang." - Sahih Muslim

Rasulullah s.a.w. bersabda; " Laknatlah untuk orang berzina, orang yang memakan riba dan orang yang menulis urusan riba dan orang yang menyaksikan riba. Mereka itu keadaan sama sahaja." - Sahih Muslim

Nabi s.a.w. bersabda; "Berusahalah untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya dan berusahalah untuk Akhiratmu seolah-olah kamu akan mati esok hari." - Riwayat Ibnu Asahin

Abu Hurairah r.a. berkata, Nabi s.a.w. bersabda; " Melihatlah kepada orang yang lebih rendah darimu dan jangan melihat orang yang lebih tinggi. Itulah tembok kukuh supaya kamu tidak menghina pemberian Allah kepadamu." - Sahih Muslim

Nabi s.a.w. bersabda; " Siapa yang melangkahi leher orang pada hari Jumaat bererti telah membuat jambatan menuju Jahanam."  - Attirmidzi - Ibnu Majan

Nabi s.a.w. bersabda; " Sesungguhnya Allah memberi rahmat dan malaikat mendoakan orang yang memakai serban pada hari Jumaat."  - Riwayat Atthabarani

Rasulullah s.a.w. bersabda; "Puasa pada 27 haribulan Rejab seperti berpuasa 60 bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti berpuasa 1000 tahun kerana kebesaran hari Israk-Mikraj."

Nabi s.a.w. bersabda; " Siapa yang mengunjungi orang sakit, maka dia sentiasa berada dalam sebuah taman syurga penuh dengan buah-buahan yang daripada dipetik sampai dia kembali."  - Riwayat Tirmidzi

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda; "Sesiapa bermimpi melihatku dalam tidurnya maka sesungguhnya dia benar-benar melihatku kerana syaitan tidak sanggup mengubah bentuknya seperti bentukku." - Sahih Muslim

Aisyah r.a. menceritakan; "Nabi s.a.w. tidak pernah puasa sunat setiap bulan dalam setahun lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban. Beliau bersabda; Beramallah kamu sesuai dengan kemampuanmu. Sesungguhnya Allah tidak pernah bosan (memberi pahala) sehingga kamu sendiri bosan beramal." - Sahih Muslim

Dari Ibnu Abbas r.a. bahawasanya dia berkata; "Sesungguhnya solat Jumaat yang pertama selain dari solat Jumaat di Masjid Rasulullah s.a.w. ialah solat Jumaat di Masjid Abdil Qais di Juratsa (termasuk wilayah Bahrain)" - Sahih Bukhari

Nabi s.a.w. bersabda; "Pakailah pakaian antara pakaianmu yang putih; kerana sesungguhnya pakaian putih itu lebih suci dan lebih baik dan kapanilah orang-orang mati dengan kain putih." - Riwayat Ahmad

Dari Abu Hurairah katanya Rasulullah s.a.w. bersabda; "Ada 2 perkara yang keduanya dapat menyebabkan mereka menjadi kafir iaitu mencela keturunan (orang lain) dan meratapi mayat." - Sahih Muslim

Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ada lelaki datang bertanya kepada Rasulullah s.a.w.; "Ya Rasulullah! Ibu saya telah meninggal dunia dan dia ketinggalan puasanya satu bulan. Bolehkah aku puasa untuk membayar puasa itu?" Jawab Nabi s.a.w.; "Ya boleh! Hutang kepada Allah lebih berhak untuk di bayar." - Sahih Bukhari

Nabi s.a.w. bersabda; "Siapa yang berperang untuk menegakkan (agama) Allah, maka itu fisabilillah." - Riwayat Bukhari,Muslim & Abu Musa Al-Assyari r.a.

Dari Aisyah r.a. katanya; "Rasulullah s.a.w sering berpuasa sehingga kami menyangka bahawa beliau akan puasa seterusnya dan beliau sering berbuka (tidak berpuasa) sehingga kami menyangkakan bahawa beliau akan berbuka seterusnya. Aku tidak pernah melihat beliau berpuasa sebulan penuh kecuali dalam bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat beliau berpuasa sunat dalam sebulan lebih banyak di bulan Syaaban." - Sahih Muslim

Dari Anas b. Malik r.a. katanya, Nabi s.a.w. bersabda; "Sesungguhnya Allah Taala sangat suka kepada hambaNya yang mengucapkan tahmid sesudah makan dan minum." - Sahih Muslim

Dari Anas r.a. katanya, Nabi s.a.w. bersabda; "Yang menghantar jenazah ada tiga macam, yang dua kembali satu tinggal menemaninya. Yang menghantar ialah keluarganya, hartanya pulang dan yang tinggal menemaninya ialah amalannya." - Sahih Muslim

Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Nabi bersabda; "Sebaik-baik hari ialah Jumaat kerana pada hari itu Adam dijadikan. Pada hari itu dia masuk Syurga, pada hari itu dia keluar daripadanya dan tidak terjadi Kiamat melainkan pada hari Jumaat." - Sahih Muslim

Nabi s.a.w. bersabda; "Bertenang-tenang itu dari Allah dan bergopoh-gopoh itu dari Syaitan." - Riwayat Al-Baihaqi

Nabi s.a.w. bersabda; "Siapa yang merendah diri kepada Allah, nanti Allah mengangkat kepada kedudukannya yang tinggi dan mulia." - Riwayat Abu Nu'aim

Ibnu Asahir r.a. meriwayatkan Nabi s.a.w. bersabda; "Bekerjalah untuk duniamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya. Dan bekerjalah untuk Akhiratmu seolah-olah kamu akan mati esok hari." - Sahih Muslim

Dari Yahya b. Muadz bahawa dia berkata; "Sesungguhnya didalam perkataan Syaaban mengandungi 5 huruf, yang masing-masing huruf merupakan singkatan anugerah kepada orang yang beriman." - Sahih Muslim

Dari Syaidina Usman r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda; "Barang siapa mati dalam keadaan dia yakin tiada Tuhan selain Allah maka dia masuk syurga." - Sahih Muslim

Nabi s.a.w. bersabda; "Keutamaan bulan Syaaban di atas bulan bulan yang lain adalah seperti keutamaan saya di atas semua nabi-nabi yang lain sedangkan keutamaan bulan Ramadhan di atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah di atas makhlukNya."

Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya; "Sembahyang sunat atau fardu dengan memakai serban menyamai 25 kali sembahyang yang tidak memakai serban dan sembahyang Jumaat dengan serban menyamai 70 Jumaat tanpa serban." - Riwayat Ibnu Asakir

Nabi s.a.w. bersabda; "Satu dirham riba yang dimakan oleh setengah yang mengetahui, lebih berat disisi Allah daripada dosanya 36 kali perzinaan." - Riwayat Ahmad & Atthabarani dari Abdullah b. Handhalah

Nabi s.a.w. bersabda; "Barang siapa menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan mempermudahkan baginya jalan ke Syurga." - Riwayat Muslim

Dari Sahl bin Saad r.a. Nabi s.a.w. bersabda; "Tujuh puluh ribu atau tujuh ratus ribu daripada umatku akan masuk syurga dengan tidak dihisab mereka masuk berturut-turut sedangkan rupa mereka seperti cahaya bulan pada malam purnama." - Sahih Bukhari

Nabi s.a.w. bersabda; "Tidak dihalalkan seorang Muslim memulau sesama Muslim lebih dari 3 hari 3 malam, maka siapa yang memulau lebih dari 3 hari 3 malam lalu mati akan masuk ke dalam api neraka." - Riwayat Abu Dawud & Annsa'i

Nabi s.a.w. bersabda; "Dua sifat yang tidak terdapat dalam hati seorang mukmin ialah; i)kikir ii)budi pekerti yang jahat." - Riwayat Atthurmidzi

Nabi s.a.w. bersabda; "Sesungguhnya Allah tetap menerima taubat seorang hamba selama dia belum nazak akan mati." - Riwayat Attirmidzi dari Ibnu Umar r.a.

Abu Hurairah r.a. memberitakan bahawa s.a.w. bersabda; "Apabila kamu berkata temanmu di hari Jumaat,"Diamlah!" apabila imam sedang berkhutbah maka sesungguhnya engkau pun salah." - Sahih Bukhari

Nabi s.a.w. bersabda; "Jika sakit seorang hamba hingga 3 hari, maka keluar dari dosa-dosanya sebagaimana keadaannya ketika baru lahir dari kandungan ibunya." - Riwayat Atthabarani

Dari Abu Darda r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda; "Tidak seorang Muslim pun mendoakan kebaikkan bagi saudaranya sesama Muslim yang berjauhan melainkan malaikat mendoakannya pula.Mudah-mudahan engkau beroleh kebaikkan pula." - Sahih Muslim

Nabi s.a.w. bersabda; "Jagalah dirimu dari api neraka meski pun dengan sedekah separuh dari sebiji kurma, maka jika tidak dapat maka sepatah kata yang baik." - Sahih Bukhari & Muslim

Dari Aisyah r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda; "Bersiwak itu dapat membersihkan mulut dan mkeredhaan Allah." - Sahih Bukhari

Dari Abu Hurairah r.a. katanya; "Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w.; "Ya Rasulullah, siapakah dari keluargamu yang paling berhak dengan kebaktianku yang terindah?" Jawab beliau,"Ibumu! Kemudian ibumu, kemudian ibumu, kemudian bapamu kemudian terdekat kepadamu, yang terdekat." - Sahih Muslim

Dari Anas b. Malik r.a. dia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda; "Siapa yang rezekinya dilapangkan Allah atau usianya dipanjangkan maka hendaklah dia menghubungkan silaturrahim." - Sahih Muslim

Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda; "Allah berfirman: Setiap amal anak Adam adalah untuk anak Adam itu sendiri melainkan puasa. Sesungguhnya puasa itu bagiKu dan aku membalasi puasanya itu." - Sahih Bukhari

Nabi s.a.w. bersabda; "Sesiapa yang tidak puasa sehari bulan Ramadhan tanpa uzur yang diizinkan Allah atau kerana penyakit, maka tidak dapat dibayar dengan puasa sepanjang masa meskipun dilaksanakan." - Riwayat Abu Dawud,Anasa'i,Attirmidzi,Albaihaqi Ibnu Majah & Ibnu Khuzaimah dari Abu Hurairah r.a.

Dari Anas, Rasulullah s.a.w. bersabda; "Bersahurlah. Sesungguhnya sahur itu berkat." - Riwayat Al Bukhari & Muslim

Nabi s.a.w. bersabda; "Allah s.w.t. telah berfirman: "Hamba Ku yang lebih Aku cintai iaitu mereka yang segera berbuka (jika telah nyata Maghrib)" - Riwayat Attirmidzi

Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Nabi s.a.w. bersabda; "Apabila Ramadhan telah datang maka dibukakan pintu rahmat, dikunci Neraka Jahanam dan dibelenggu semua syaitan." - Sahih Muslim

Nabi s.a.w. bersabda; "Ada kalanya orang yang berpuasa itu tidak mendapat pahala apa-apa dari puasanya kecuali haus." - Riwayat Annasai

Abu Hurairah r.a.; "Allah telah berfirman: "Aku suka hamba-hambaKu yang menyegerakan berbuka." - Riwayat Attirmidzi

Dari Aisyah r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda; "Sesiapa yang tidak sampai mengqada puasa hendaklah keluarganya mengantikan puasa tersebut." - Sahih Al-Bukhari & Muslim

Dari Anas, Rasulullah s.a.w. bersabda; "Sesungguhnya Allah 'Azzawajalla telah melepaskan kewajipan berpuasa dan sebahagian sembahyang kepada para musafir dan kewajipan berpuasa kepada ibu-ibu yang hamil dan menyusukan anak." - Riwayat Al-Khamsah

Nabi s.a.w. bersabda; "Siapa yang tidak meninggalkan kata dusta (bohong semasa berpuasa) maka Allah tidak berhajat padanya untuk meninggalkan makan minumnya." - Sahih Muslim

Sabda Rasulullah s.a.w.; "Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang puasa, doa orang yang di zalimi dan orang yang musafir." - Riwayat Ahmad, Bukhari, Abu Dawud & Tirmidzi

Dari Ibnu Umar Dari Rasulullah s.a.w. sabdanya; "Apabila kamu melihat (Ramadhan) hendaklah berpuasa dan apabila kamu melihat bulan (Syawal) hendaklah kamu berbuka. Jika tertutup awan hendaklah dikirakan bulan itu." - Riwayat Bukhari, Muslim Annasa'i & Majah

Dari Ibnu Umar, Rasulullah s.a.w. bersabda; "Sesiapa yang mati tidak sempat mengqhadakan puasanya dibayarkan fidyah dengan makanan sebanyak 1 orang Muslim setiap hari." - Riwayat Attirmidzi

Dari Sahl b. Saad Rasulullah s.a.w. bersabda; "Orang yang segera berbuka puasanya sentiasa dalam kebaikkan." - Riwayat Bukhari & Muslim

Anas r.a. berkata, Nabi s.a.w bersabda; "Lima macam yang membatalkan puasa dan membatalkan wuduk: dusta, mengumpat dan bermuka-muka dan melihat yang bukan muhrim dengan syahwat dan sumpah palsu." - Riwayat Al-Azdi & Addailami

Nabi s.a.w. bersabda maksudnya; "Makan sahur itu berkat, kerana itu jangan kamu tinggalkan walau seteguk air kerana Allah merahmati orang-orang yang sahur dan malaikat mendoakan orang yang sahur." - Riwayat Ahmad

"Sesiapa yang iktikaf 10 malam yang terakhir pada bulan Ramadhan maka dia mendapat pahala bagaikan 2 kali haji dan 2 kali umrah." - Riwayat Albaihaqi dari Al Hassan bin Ali r.a.

Dari Ibnu Abbas r.a. katanya; "Nabi s.a.w. pernah berbekam, pada hal beliau sedang berpuasa." - Sahih Bukhari

Dari Anas r.a. katanya; "Kami pernah pergi bersama-sama Nabi s.a.w. tidak pernah orang puasa mencela orang berbuka dan tidak pula orang berbuka mencela orang puasa." - Sahih Bukhari

Dari Ibn Abbas r.a. katanya, Nabi s.a.w. bersabda; "Pergelangan (pegangan) Islam dan sendi agama itu 3 dan di atasnya tegaknya asas Islam, siapa meninggalkan satu daripadanya maka dia kafir dan halal ditumpahkan darahnya iaitu syahadat, sembahyang fardu dan puasa bulan Ramadhan." - Riwayat Abu Yala

"Carilah 10 malam Lailatulqadar pada 10 malam yang terakhir dalam bulan Ramadhan, jika kamu lelah , maka jangan dilewatkan pada 7 malam yang tinggal." - Sahih Muslim

"Carilah Lailatulqadar pada malam 10 malam yang terakhir iaitu malam 21 atau 23 atau 25 atau 27 atau 29 atau 30 maka siapa yang bertepatan bangun sembahyang malam kerana iman dan mengharap pahala maka akan diampunkan dosa-dosa yang lalu dan akan datang." - Riwayat Atthabarani dari Ubadan bin Asshamiti

"Siapa yang iktikaf pada malam Lailatulqadar itu kerana terdorong oleh iman dan ikhlas maka diampunkan dosanya yang telah lalu." - Riwayat Adailamani

Nabi s.a.w. bersabda; "Orang yang zikir (ingat) pada Allah pada bulan Ramadhan akan diampunkan baginya dan orang yang minta-minta pada Allah di dalamnya tidak akan kecewa." - Riwayat Atthabarani & Al-Baihaqi

Nabi s.a.w. bersabda; "Tidurnya orang yang puasa tetap dalam ibadat dan diamnya dianggap tasbih dan amalnya dilipatgandakan dan doanya mustajab dan dosanya diampunkan." - Riwayat Al Baihaqi

"Sesungguhnya Allah telah memberikan kepada umatNya Lailatulqadar dan tidak diberikan kepada umat yang sebelum mereka." - Riwayat Addailamani dari Anas r.a.

Nabi s.a.w. bersabda; "Apabila salah seorang kamu lupa bahawa dia berpuasa, lalu ia makan atau pun minum maka hendaklah ia menyempurnakan puasanya kerana sesungguhnya ia telah diberi makan dan minum oleh Allah." - Sahih Bukhari & Muslim

Sesiapa yang ingin mengintai malam Lailatulqadar hendaklah ia mengintai pada malam 27 haribulan." - Riwayat Ahmad

Copyright © 1998 Adeng Creative Design. All rights reserved
sebarang peniruan tanpa kebenaran adalah di larang
.